Picture This Week

Picture This Week
Kalimah Bissmillah Berbentuk Burung

Sabtu, 10 Oktober 2009

Bencana Bumi

Salam semua...lama dah aku tak update blog ni...aku skarang ni tngh sibuk belajar sampai takde masa nak update blog nih...hehehe

Semenjak 2 menjak kejadian yang berlaku diatas muka bumi yang kita cinta ini, hati aku tergerak untuk membuat kajian dan menyelidik apa maksud sebenar di sebalik kejadian yg menimpa kini...Tsunami, H1N1, banjir di India, dan Kejadian yang terkini adalah di Padang, Sumatera, Indonesia... satu kejadian yg sangat mengejutkan dunia sekaligus membuka mata semua manusia untuk berfikir sejenak...(paham2la)
dengan kekuatan gegaran 7.3 skala Ritcher, meranapkan hampir 3000 buah rumah...belum lagi kira berapa orang dah mati tertimbus....Na'uzubillah...

Aku juga ada terbaca dalam surat khabar mengenai Sweeping Malaysia yg dilancarkan oleh Orang/kerajaan Indonsia sebelum berlakunya kejadian gempa bumi ini...Di Malaysia semua mengatakan itu adalah bala yg diturunkan oleh Allah S.W.T kerana mereka x pernah bersyukur akan rezeki yang mereka dapat di Malaysia...(kira mcm x kenang budi la)...Sebagai contoh, rakyat2 indonesia yg datang bekerja di Malaysia, kemasukan amah ke Malaysia utk bekerja sbg orang gaji, dan terbaru, bantuan yang disediakan oleh Malaysia untuk mereka...Bersusah payah mereka datang dari Malaysia untuk menghantarkan bantuan walaupun tidak diminta...(syabas Malaysia!!!). Ramai yang x bersetuju akan tindakan Malaysia memandangkan perkara yg berlaku sebelumnya...Aku pernah fikir bnda yang sama juga..Tapi, janganlah terus judge mereka begitu sahaja... Aku pegang akan satu prinsip ini iaitu "setiap perkara yg berlaku pasti ada alasannya"...Tiap2 perkara berlaku pasti sebab musibah yg hanya mereka dan Allah sahaja yg tahu..

Walaubagaimanapun,apa yg aku tulis masih lagi belum sahih (sesetengahye aje)...Aku masih perlu membuat kajian dan research mengenai perkara-perkara yg berlaku kini..Adakah ini balasan atas apa yg manusia lakukan sepanjang abad ini...? Ataupun adakah ini satu petanda bahawa kita kini berada di penghujung dunia...? wallahu'alam...sama-samalah kita renungkan.... Wassalam...

Rabu, 4 Mac 2009

Warkah Kekesalan


Selang sehari..selang seminggu..selang sebulan...kini hampir setahunku berada di sini, berjuang demi Tuhanku, demi diriku, demi agamaku, demi keluargaku dan demi negaraku.. Setiap saat, setiap minit, setiap jam..aku sentiasa berjuang. Perjuanganku ini tiada titik noktahnya sehinggalah rohku berpisah daripada jasadku. Di saat inilah merupakan penentu samada aku dapat berehat dengan aman di SyurgaNya ataupun menghadapi seksaan Azab dan Seksa daripada NerakaNya.

Setiap kali aku memikirkan akan perkara tersebut, keinsafan mula menyelubungi hati dan mindaku.. Namun semua itu hanya dapat beratahan untuk seketika sahaja.. Di saat ku terleka, semua keinsafan yang menyelubungi diriku hilang begitu sahaja.. Aku sering tertanya-tanya mengapa...mengapa diriku begitu sukar untuk mengekalkan keinsafan yang seketika itu.. Mengapa aku begitu mudah dikalahkan oleh nafsuku sendiri..

Kini sedikit demi sedikit aku mula merasai kesannya...kesannya kepada kehidupan harianku...pergaulanku...pelajaranku... Kesannya terlalu dalam..dalamnya sehingga menusuk dasar hatiku...Luka ini amatlah sukar untuk diubati..Mengapa..?
Kerana aku kini keseorangan, kesunyian, kesepian.. Aku sering senyum dan ketawa namun sebenarnya jauh di dasar hatiku..aku keseorangan, aku kesunyian.. Seolah-olah aku berada di sebuah dunia yang sekitarnya cantik dan indah namun hanya aku sahaja berada di dunia itu.. Jiwaku terasa kosong..hatiku gelap...gelapnya seperti berada di sebuah gua yang tiada satu cahaya...tidak berpenghujung...

Aku sentiasa terfikir dan tertanya-tanya... Mengapa aku memilih jalan ini..? Mengapa diriku jadi begini...? Sejujurnya aku tidak nampak laluan masa depanku.. Aku sering merasakan diriku ini tiada bakat dalam semua perkara...dalam pembelajaran..dalam sukan...dalam pergaulan...
Aku sering meragui akan tindakan yang diambil.. keputusan yang aku buat...

Aku juga selalu bermain janji.. janji yang aku buat tidakku kota... Aku juga sering menipu untuk menyelamatkan diri... Ya Allah.. Apa semua ini Ya Allah...
Kadang kala aku bercakap perihal buruk orang lain...
Namun aku masih bersyukur kerana aku tidak mengumpat..aku tidak menyebarkan fitnah..aku tidak melaga-lagakan orang..
Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...Aku bersyukur kepada IbuBapaku Ya Allah..

Ya Allah...Hanya kepadamu ku panjatkan doaku..Ku pohon kepadaMu Ya Allah, berikannlah petunjuk dan terangilah hatiku Ya Allah dalam mencari keredhaan daripadaMu di dunia juga di akhirat.. Kau Ampunilah segala dosa-dosaku..dosa ibubapa ku..dosa abang kakakku..dosa guru-guruku..dosa rakan-rakanku dan juga dosa seluruh muslimin dan muslimat...Semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat dan keberkatan...

Amin..


Ya Allah, Selamatkanlah Hamba mu ini Ya Allah..

Isnin, 12 Januari 2009

Serangan Israel Keatas Bumi Palestin

Serangan Israel keatas bumi palestin merupakan satu kesilapan terbesar mereka. Ini mungkin juga satu andaian tetapi terkumpulnya tentera2 israel di bumi Islam akhirnya membawa kepada kemusnahan mereka sendiri.. Kini seluruh dunia melancarkan boikot makanan dan barangan yang dihasilkan oleh kafir2 laknat ini.. Ini merupakan sebahagian daripada proses kehancuran mereka.. Tetapi jika kita lihat dari perspektif lain, kita dapat lihat seluruh dunia bersatu.. Bagaimana pendapat anda..?


Seperti cerita ini.. : Seorang ayah dengan anaknya.ayahnya menunjukkan sebatang lidi yang nipis lalu disuruh anaknya mematahkannya..ianya mudah dipatahkan..kemudian ayahnya menyuruh anaknya mematahkan seikat batang lidi..ianya sukar dipatahkan.. kemudian anaknya bertanya.. "apa maksudnya ayah?"..ayahnya menjawab.. "manusia ibarat sebatang lidi ini..jika bersendirian, mudah dipatahkan..tetapi jika mereka bekerjasama dan bersatu padu dlam sesutatu perkara, mereka boleh menghasilkan satu kuasa dimana perkara yang mustahil menjadi tidak mustahil.."


Jika dilihat dengan teliti, kunci untuk menyelesaikan semua masalah ini adalah perpaduan.. Islam kini dilihat semakin goyah kerana kita tidak bersatu padu dalam mempertahankan dan memperjuangkan maruah Islam.. Disebabkan tidak bersatu, Islam menjadi lemah dan kafir laknat melihat ini sebagai satu peluang dan masa yang paling sesuai untuk mereka menjatuhkan Islam dan ingin menguasai dunia.. Jika hendak diceritakan sejarahnya memang panjang.. Tetapi sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kaum yahudi ini hendak menjatuhkan Islam tetapi mereka tetap gagal.. Kenapa..? Kerana perpaduan dan keberanian pengikut Rasulullah menjadi teras kepada kejayaan mereka.. seperti cerita tadi, sebtang lidi mudah dipatahkan tatapi jika dikumpulkan ia menjadi kuat dan sukar kipatahkan..

Oleh itu, saya menyeru kepada semua kaum2 Islam supaya mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kini dan mula bersatu padu dalam mengalahkan musuh Islam ini..

-Sayonara-