Picture This Week

Picture This Week
Kalimah Bissmillah Berbentuk Burung

Rabu, 4 Mac 2009

Warkah Kekesalan


Selang sehari..selang seminggu..selang sebulan...kini hampir setahunku berada di sini, berjuang demi Tuhanku, demi diriku, demi agamaku, demi keluargaku dan demi negaraku.. Setiap saat, setiap minit, setiap jam..aku sentiasa berjuang. Perjuanganku ini tiada titik noktahnya sehinggalah rohku berpisah daripada jasadku. Di saat inilah merupakan penentu samada aku dapat berehat dengan aman di SyurgaNya ataupun menghadapi seksaan Azab dan Seksa daripada NerakaNya.

Setiap kali aku memikirkan akan perkara tersebut, keinsafan mula menyelubungi hati dan mindaku.. Namun semua itu hanya dapat beratahan untuk seketika sahaja.. Di saat ku terleka, semua keinsafan yang menyelubungi diriku hilang begitu sahaja.. Aku sering tertanya-tanya mengapa...mengapa diriku begitu sukar untuk mengekalkan keinsafan yang seketika itu.. Mengapa aku begitu mudah dikalahkan oleh nafsuku sendiri..

Kini sedikit demi sedikit aku mula merasai kesannya...kesannya kepada kehidupan harianku...pergaulanku...pelajaranku... Kesannya terlalu dalam..dalamnya sehingga menusuk dasar hatiku...Luka ini amatlah sukar untuk diubati..Mengapa..?
Kerana aku kini keseorangan, kesunyian, kesepian.. Aku sering senyum dan ketawa namun sebenarnya jauh di dasar hatiku..aku keseorangan, aku kesunyian.. Seolah-olah aku berada di sebuah dunia yang sekitarnya cantik dan indah namun hanya aku sahaja berada di dunia itu.. Jiwaku terasa kosong..hatiku gelap...gelapnya seperti berada di sebuah gua yang tiada satu cahaya...tidak berpenghujung...

Aku sentiasa terfikir dan tertanya-tanya... Mengapa aku memilih jalan ini..? Mengapa diriku jadi begini...? Sejujurnya aku tidak nampak laluan masa depanku.. Aku sering merasakan diriku ini tiada bakat dalam semua perkara...dalam pembelajaran..dalam sukan...dalam pergaulan...
Aku sering meragui akan tindakan yang diambil.. keputusan yang aku buat...

Aku juga selalu bermain janji.. janji yang aku buat tidakku kota... Aku juga sering menipu untuk menyelamatkan diri... Ya Allah.. Apa semua ini Ya Allah...
Kadang kala aku bercakap perihal buruk orang lain...
Namun aku masih bersyukur kerana aku tidak mengumpat..aku tidak menyebarkan fitnah..aku tidak melaga-lagakan orang..
Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...Aku bersyukur kepada IbuBapaku Ya Allah..

Ya Allah...Hanya kepadamu ku panjatkan doaku..Ku pohon kepadaMu Ya Allah, berikannlah petunjuk dan terangilah hatiku Ya Allah dalam mencari keredhaan daripadaMu di dunia juga di akhirat.. Kau Ampunilah segala dosa-dosaku..dosa ibubapa ku..dosa abang kakakku..dosa guru-guruku..dosa rakan-rakanku dan juga dosa seluruh muslimin dan muslimat...Semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat dan keberkatan...

Amin..


Ya Allah, Selamatkanlah Hamba mu ini Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan